fbpx

9 individu direman 4 hari merusuh di Masai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Orang ramai menterbalikkan sebuah kereta jenis Perodua Myvi yang dipercayai terlibat dalam satu kemalangan dengan seorang penghantar makanan di Taman Kota Masai, Pasir Gudang.

JOHOR BAHRU – Kesemua sembilan suspek yang ditahan kerana terlibat dalam satu rusuhan di Taman Kota Masai di sini kelmarin ditahan reman selama 4 hari bermula hari ini.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Mohd. Sohaimi Ishak memaklumkan perintah tahanan reman itu dikeluarkan Mahkamah Majistret Johor Bahru.

Menurut beliau, kesemua yang ditahan berusia 16 hingga 41 tahun.

“Terdahulu, pihaknya berjaya menahan seramai tiga orang suspek yang berusia 17 hingga 24 tahun kelmarin, sebelum enam lagi ditahan tidak lama kemudian.

“Kesemua mereka ditahan bagi membantu siasatan yang dijalankan mengikut Seksyen Seksyen 148 dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan serta Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mohd. Sohaimi sebelum ini berkata, pihaknya mendapat maklumat berhubung kejadian tersebut pada pukul 9.40 malam, kelmarin sebelum anggota digerakkan ke lokasi kejadian.

“Kekecohan di sebuah stesen minyak di Taman Kota Masai itu berpunca daripada kemalangan antara sebuah kereta dan seorang penghantar makanan Foodpanda.

“Dalam kejadian berkenaan, pemandu kereta dan penunggang motosikal masing-masing berusia 21 tahun mengalami kecederaan, namun berada dalam keadaan stabil,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI