fbpx

Awesome TV culas bayar penerbit, Finas jadi orang tengah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FINAS mengadakan pertemuan bersama wakil penerbit berhubung isu tunggakan pembayaran stesen televisyen, Awesome TV.

KUALA LUMPUR – Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) bersetuju menjadi orang tengah bagi menyelesaikan isu tunggakkan bayaran program televisyen membabitkan penerbit dan stesen televisyen, Awesome TV.

Pengerusi Finas, Senator Datuk Seri Zurainah Musa berkata, pihaknya akan mengatur pertemuan dengan pengurusan stesen televisyen berkenaan dalam tempoh terdekat bagi menyelesaikan kemelut diluahkan wakil beberapa rumah produksi.

“Kami sudah menerima aduan berkaitan tunggakkan bayaran kepada rumah produksi dan sebagai susulan kami mahu mengatur pertemuan dengan stesen televsyen tersebut supaya dapat berbincang secara realisitik dan profesional.

“Pertemuan pada hari ini hakikatnya bukan untuk mencari salah mana-mana pihak, sebaliknya berusaha mencari kata putus menerusi perbincangan sihat, sekali gus mencari penyelesaian yang dapat memberi manfaat terhadap kedua-dua pihak.

“Dalam perbincangan itu nanti Finas akan pastikan ada tarikh penyelesaian untuk isu ini malah saya yakin tidak mustahil terbuka jalan keluar yang lebih efektif dalam kadar segera..

“Kalau boleh kami ingin masalah tunggakan pembayaran ini diselesaikan secara baik tanpa membabitkan undang-undang. Tiada siapa suka berhutang tetapi kita akan cuba berbincang dengan lebih mendalam supaya mencapai kesepakatan,” katanya selepas mengadakan pertemuan dengan wakil persatuan dan beberapa penerbit di Kompleks Finas, semalam.

Sementara itu, Timbalan Presiden Persatuan Penerbit Televisyen Malaysia (PTVM), Datuk A Aida, meminta ahli yang berdepan masalah supaya bersabar sekali gus menyerahkan kepada Finas untuk menyelesaikan isu berkenaan.

“Ada dalam kalangan ahli tidak mampu lagi bersabar kerana sudah menunggu hak mereka hampir setahun, sehingga ada yang mahu meneruskan tuntutan dengan tindakan saman.

“Saya menasihatkan ahli supaya jangan buat keputusan melulu, sebaliknya beri laluan kepada Finas untuk berbincang dengan pihak sana sebelum membuat sebarang tindakan undang-undang.

“Begitupun, sebagai wakil penerbit, saya minta Awesome TV melunaskan bayaran seperti di dalam kontrak asal yang sudah dipersetujui bersama,” katanya.

PEMILIK rumah produksi Dark Wave, Datuk Rafiena Ezanee Ramli antara penerbit yang hadir di Finas, selain A. Aida dan Ayu Puteh.

Timbalan Presiden Persatuan Penerbit Filem Malaysia (PFM), Datuk Ayu Puteh pula bertegas, perkara berkenaan harus disuarakan secara serius memandangkan terdapat penerbit yang menanggung hutang dengan pihak bank disebabkan kelewatan bayaran atau sikap culas stesen televisyen.

“Selama ini penerbit tidak pernah berhadapan masalah dengan pihak bank, tetapi apabila stesen televisyen culas, secara tidak langsung menjejaskan bayaran balik pinjaman bank.

“Pihak berkaitan perlu faham isu bayaran lambat boleh menjejaskan semua operasi penerbitan termasuk bayaran kru, pelakon, kos pengurusan syarikat dan sebagainya,” katanya.

Terdahulu, Awesome Televisyen menjadi antara pihak yang tampil membidas kenyataan A. Aida berhubung paras rupa sebagai tiket utama untuk diambil sebagai pelakon.

Pendekatan Awesome membuatkan A. Aida memulangkan paku buah keras apabila diselar hanya memberi tumpuan terhadap kenyataannya berbanding berusaha melunaskan hutang kepada beberapa syarikat produksi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI