fbpx

Kes Covid-19 kembali meningkat di Indonesia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang petugas kesihatan menjalankan ujian saringan Covid-19 untuk pelajar di sebuah sekolah menengah di Surabaya pada 9 Jun lalu. - AFP

JAKARTA – Indonesia merekodkan trend peningkatan jangkitan Covid-19 dan jumlah kematian yang disahkan sejak seminggu lalu, lapor stesen penyiaran CNN Indonesia semalam.

Kes harian Covid-19 kelmarin menunjukkan kenaikan kepada 4,707 kes sekali gus merupakan angka jangkitan tertinggi sejak 26 Ogos lalu.

Jumlah kes harian meningkat 43.53 peratus berbanding minggu sebelumnya manakala angka kematian meningkat sebanyak 44.61 peratus.

Secara terperinci, sepanjang tempoh 26 Oktober hingga 1 November lalu, jumlah kumulatif jangkitan Covid-19 dalam tempoh seminggu berjumlah 22,114 kes. Pada minggu sebelumnya atau dalam tempoh 19 hingga 25 Oktober, angka jangkitan adalah 15,407 kes.

Selain itu, sepanjang tempoh 19 hingga 25 Oktober, jumlah kematian akibat Covid-19 direkodkan sebanyak 130 kes dan seminggu selepas itu, ia meningkat kepada 188 kematian.

Menteri Kesihatan Indonesia, Budi Gunadi Sadikin sebelum ini memberi amaran mengenai risiko peningkatan kes Covid-19 pada Februari 2023.

Menurut beliau, risiko itu perlu diambil berat memandangkan varian baharu mula menjadi punca kepada peningkatan kes di beberapa negara dan salah satunya ialah XBB di Singapura.

Indonesia juga baru-baru ini melaporkan penemuan empat kes subvarian XBB. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI