fbpx
MAS Nawi bersama dua isterinya, Siti Nor Aisyah (kiri) dan Marzurah (kanan) menguruskan kedai mereka berhampiran Hutan Rekreasi Sungai Udang, Melaka semalam. – AMRAN MULUP

Dua wanita muda gembira hidup bermadu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MELAKA – Tidak semua kaum wanita rela hidup bermadu kerana ramai beranggapan ia pahit untuk ditelan, apatah lagi berkongsi kasih dan suami.

Namun, bagi Siti Nor Aisyah Saawal, 36, dan Marzurah Abdul Rahman, 23, mereka menyifatkan hidup bermadu tidak mendatangkan sebarang masalah dalam menjalani kehidupan seharian bersama suami, Mas Nawi Yusof, 41.

Sebaliknya, kata mereka, hidup bermadu sangat menggembirakan kerana mereka dapat berkongsi kasih dan duduk serumah di Bertam Hulu di sini.

Berkongsi pengalaman itu, Siti Nor Aisyah sebagai isteri pertama berkata, dia mengenali madunya sejak Marzurah bersekolah di tingkatan tiga di Sekolah Mene­ngah Kebangsaan (SMK) Ade Putra, Masjid Tanah dekat sini.

“Apabila suami minta berkahwin dengan Marzurah selepas tamat tingkatan lima, saya tidak ada halangan sebaliknya membenarkan dia berkahwin. Tidak ada rasa marah, iri hati atau kecil hati terhadap suami.

“Saya juga yang mengatur maj­lis pertunangan dan pernikahan mereka dan alhamdulillah sudah hampir lima tahun mereka bernikah, kami hidup sangat menggembirakan,” katanya kepada pemberita semalam.

Siti Nor Aisyah yang mempunyai empat anak berusia antara empat hingga 19 tahun menambah, mereka sama-sama membantu suami menguruskan kedai menjual pelbagai makanan yang terletak berhampiran Hutan Rekreasi Sungai Udang di sini.

Katanya, kedai itu menjual pelbagai jenis makanan tradi­sional seperti dodol cair, ke­ropok, belacan dan cencaluk.

Sementara itu, Marzurah yang mempunyai seorang anak berusia empat tahun berkata, dia menerima lamaran suami dan madunya sebaik sahaja tamat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun 2017.

“Saya terima lamaran itu, begitu juga ibu bapa saya. Walaupun ramai kata hidup bermadu penuh gelora, namun saya yakin boleh hidup bahagia dan syukur kami hidup penuh aman dan damai.

“Saya dapat diterima semua anak tiri dan kami hidup di bawah satu bumbung. Setakat ini, kami tidak ada rasa iri hati atau dengki kerana segala masalah kami berkongsi bersama atasinya,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN