fbpx

PRU15: Nasib Ronald Kiandee masih samar, Yamani Hafez digugurkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Yamani Hafez (kiri) digugurkan, manakala pencalonan Ronald (kanan) belum diketahui,

KOTA KINABALU – Status mengenai kedudukan Menteri Pertanian Industri dan Makanan, Datuk Seri Ronald Kiandee pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) belum diketahui apabila nama bagi calon Parlimen Beluran masih belum diputuskan setakat hari ini.

Berdasarkan pengumuman yang dibuat Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Barisan Nasional (BN) hari ini, kerusi Parlimen Beluran yang sebelum ini dimenangi Ronald Kiandee belum diumumkan.

Ronald Kiandee yang menang kerusi itu pada PRU14 lalu atas tiket BN kini merupakan Naib Presiden Bersatu.

Sementara itu, Timbalan Menteri Kewangan II, Datuk Yamani Hafez Musa dari GRS yang mewakili Bersatu digugurkan pada pilihan raya kali ini. Yamani merupakan penyandang bagi kerusi Parlimen Sipitang.

Pengumuman nama calon yang dibuat Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor dan Datuk Seri Bung Moktar Radin semalam menyaksikan GRS diberikan 13 kerusi Parlimen, manakala BN akan bertanding di 11 kerusi Parlimen.

Selain Bung Moktar yang kekal bertanding di Kinabatangan, antara nama-nama lain yang akan mempertahankan kerusi masing-masing ialah Datuk Dr Jeffrey Kitingan (Keningau), Datuk Arthur Joseph Kurup (Pensiangan) dan Datuk Seri Dr Maximus Ongkili (Kota Marudu). – KOSMO ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI