fbpx

PRU15: MIC setuju bertanding 10 kerusi Parlimen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
S.A Vignewaran (tiga dari kanan) ketika sidang akhbar di Bangunan MIC sebentar tadi.

KUALA LUMPUR – Parti komponen Barisan Nasional (BN), MIC membuat keputusan untuk terus betanding di 10 kerusi parlimen yang ditawarkan semalam.

Presiden MIC, Tan Sri S.A Vigneswaran berkata, keputusan itu dicapai sebulat suara oleh kepimpinan parti tersebut dalam mesyuarat yang diadakan di ibu negara hari ini.

“Kami akan terus bekerja bagi memastikan kerusi-kerusi yang ditawarkan kepimpinan Barisan Nasional (BN) semalam mendapat kemenangan.

“Kami juga mengalu-alukan calon-calon yang terpilih untuk bersama-sama bekerja pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) ini,” katanya pada sidang akhbar di Bangunan MIC sebentar tadi.

Menurut beliau, tiada isu tidak puas hati atau boikot daripada pihak MIC terhadap beberapa kerusi yang diperuntukkan kepada parti komponen lain antaranya Friends Of BN, malah mengalu-alukan penyertaan mereka kali ini.

“Tiada isu tidak puas hati yang timbul, MIC sudah tahu tentang kerusi-kerusi tersebut dan sudah pun adakan perbincangan sebelum ini.

“Perlu difahami MIC perlu dapatkan kata sepakat terlebih dahulu seperti apa yang dibincangkan dalam perhimpunan agong MIC, paling penting kami akan terus bertanding di 10 kerusi parlimen yang ditawarkan,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI