fbpx

Parlimen Batu milik MIC muktamad

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Vigneswaran

KUALA LUMPUR – Parti komponen Barisan Nasional (BN), MIC akan tetap bertanding di kerusi Parlimen Batu seperti yang diumumkan Pengerusinya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi semalam.

Presiden MIC, Tan Sri S.A Vigneswaran berkata, beliau menolak dakwaan Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong yang menjelaskan kerusi Parlimen Batu diberi kepada parti itu sebagai pertukaran kerusi Padang Serai yang diserah kepada MIC.

“Paling mustahak pengumuman mesti dibuat pengerusi BN (Ahmad Zahid). Jika Datuk Sri Wee Ka Siong nak buat apa-apa, beliau mesti maklumkan kepada pengerusi, bukan buat pengumuman.

“Sudah terlambat untuk tukar kerusi. MIC telah putuskan akan bertanding di Batu, itu muktamad,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) MIC di Bangunan MIC di sini hari ini.

Ketika pengumuman calon yang dibuat malam semalam, kerusi Parlimen Batu telah diberikan kepada calon MIC A. Kohilan Pillay. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI