fbpx

Eizlan, Idham jadi calon PRU15 wakili Gerakan Tanah Air

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
EIZLAN dan Ahmad Idham disahkan bertanding dalam PRU15 nanti.

BANGI – Pelakon dan pengarah, Datuk Seri Eizlan Yusof dan Ahmad Idham diumum sebagai calon Gerakan Tanah Air (GTA) di bawah Parti Pejuang yang bakal bertanding pada Pilihanraya Umum ke-15 (PRU15) pada 19 November ini.

Eizlan atau nama sebenarnya Idris Md Yusof yang juga Ketua Penerangan Pejuang Wilayah Persekutuan dicalonkan di Parlimen Sabak Bernam, Selangor manakala Ahmad Idham pula bakal merebut kerusi Parlimen Port Dickson, Negeri Sembilan.

Eizlan berharap pembabitan dalam arena politik memberi manfaat kepada semua terutama Parlimen Sabak Bernam yang diwakilinya.

“Pada awalnya saya tidak meletak sebarang harapan untuk dicalonkan walau pun dilantik sebagai Ketua Penerangan Pejuang Wilayah Persekutuan.

“Begitupun, mandat serta tanggungjawab besar ini harus saya pikul demi bangsa dan negara,” katanya.

Nama kedua-dua penggiat seni itu diumumkan sebagai calon GTA bersama 121 calon mewakili Pejuang, Gagasan Bangsa, Putra dan Berjasa pada majlis yang diadakan Pusat Konvensyen Bangi di sini, hari ini.

Eizlan bakal berdepan Datuk Abd Rahman Bakri (BN) untuk merebut kerusi berkenaan.

Idham pula bertembung dengan Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun sebagai calon Pakatan Harapan (PH) dan Datuk P. Kamalanathan dari BN

Sementara itu, Pengerusi Penaja Gerakan Tanah Air (GTA) Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, pemilihan ini kerana mereka mempunyai berintegriti, berpengalaman dan layak mewakili rakyat.

“GTA adalah gerakan Melayu yang sayangkan negara dan mahu melihat dibangun pesat, maju dan rakyat mendapat nikmat sama rata. Kalau rakyat beri peluang kepada GTA, banyak nikmat yang boleh diperolehi,” katanya.

Proses penamaan calon diadakan pada 5 November ini, disusuli PRU15 pada 19 November depan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI