fbpx

Kota Setar paling ramai miskin tegar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Siti Ashah.

ALOR SETAR – Kedah merekodkan sejumlah 11,727 ketua isi rumah (KIR) membabitkan seramai 44,153 ahli keluarga tergolong dalam kategori miskin tegar berdasarkan data e-Kasih.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Pembasmian Kemiskinan, Pembangunan Insan dan Kesejahteraan Masyarakat negeri, Datuk Siti Ashah Ghazali berkata, daerah Kota Setar merekodkan jumlah miskin tegar tertinggi iaitu sebanyak 1,690 KIR dengan anggota isi rumah 6,358 orang.

Katanya, Sik pula berada di tangga kedua iaitu sebanyak 1,620 KIR dan ketiga Kubang Pasu (1,600).

“KIR di Baling pula seramai 1,523 orang dan Kuala Muda 1,456 orang,” katanya pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah di Wisma Darul Aman, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan lisan Azhar Ibrahim (Pas-Ayer Hitam) berhubung jumlah keluarga miskin tegar di Kedah.

Siti Ashah berkata, sebanyak 104 peserta dipilih untuk menyertai Program Pembasmian Kemiskinan Tegar Keluarga Malaysia setakat 18 Oktober lalu sebagai salah satu usaha mengeluarkan keluarga berkenaan daripada status miskin tegar itu.

“Peserta itu dipilih dari beberapa kampung iaitu Kampung Betong, Sik; Kampung Charok Kapas, Baling; Kampung Kuala Jerlun, Kubang Pasu; Kampung Tepi Laut Kota Setar dan Kampung Che Bema dan Sungai Layar, Kuala Muda,” katanya.

Jelasnya, bentuk bantuan diberikan kepada peserta terbabit disesuaikan dengan kecenderungan dan kemampuan bakal peserta sendiri.

“Hal ini supaya mereka benar-benar bakal menjana pendapatan selepas menerima bantuan peralatan yang diberikan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI