fbpx

Tiga pasukan bakal jadi penghalang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SKUAD negara akan turun menentang Korea Selatan pada aksi pertama PSAS malam esok. – FB MHC

Oleh AZIZAN HASHIM

TIGA pasukan iaitu Korea Selatan, Jepun dan Pakistan dijang­ka menjadi pesaing utama untuk Malaysia merangkul gelaran di kejohanan hoki Piala Sultan Azlan Shah (PSAS) ke-29 bermula esok di Ipoh.

Hakikat itu diakui pengurus pasukan, Datuk Mirnawan Nawawi ketika memperkatakan me­ngenai peluang skuad Malaysian Tigers itu menjulang trofi ber­kenaan buat kali pertama pada edisi kali ini.

Mirnawan atau lebih dikenali sebagai ‘Bos’ dalam kalangan pencinta sukan hoki berkata, ketiadaan gergasi hoki dunia, Australia, India dan New Zealand bukan jaminan kejayaan mudah negara.

“Sebenarnya dengan ketia­daan pasukan-pasukan gergasi itu membuka peluang kepada pasukan lain merangkul gelaran kali ini.

“Jadi, saya jangka persai­ngan kali ini tetap sengit dan menarik. Jika ingin berjaya, pemain Malaysia perlu berusaha mencapai kejayaan dalam setiap perlawanan untuk merebut dua tempat teratas yang akan mara ke final,” katanya.

Malah, Mirnawan menyifatkan ujian buat skuad negara akan bermula seawal perlawanan pertama lagi apabila mereka dijadual bertemu Korea Selatan.

“Kita mahu membuat permulaan dengan langkah kanan bagi meletakkan pasukan di atas landasan betul untuk menghadapi perlawanan seterusnya.

“Malaysia tidak boleh kalah perlawanan pembukaan ini. Ia penting bagi menyemarak moral pasukan pemain sepanjang kejohanan ini,” katanya .

Perlawanan kedua melibatkan skuad negara adalah bertemu Pakistan pada jam 8 malam pada Rabu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI