fbpx

Kakitangan KKM digalak terus hasilkan inovasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA- Seluruh kakitangan Kementerian Kesihatan (KKM) digalak berterusan menghasilkan inovasi yang dapat menambah baik serta melancarkan penyampaian perkhidmatan kesihatan kepada seluruh rakyat.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, pengurusan tertinggi, ketua-ketua perkhidmatan dan jabatan juga disaran menggalakkan para pegawai menghasilkan produk atau perkhidmatan inovatif.

Menurut beliau, budaya inovasi juga tidak seharusnya disekat kerana pada akhirnya ia memberi manfaat kepada KKM dan juga rakyat.

“Jangan kita kekalkan proses yang lama semata-mata proses itu dah dijalankan untuk sekian lama.

“Saya berpandangan bahawa satu proses atau pendekatan sama ada ia dapat dipercepatkan dan dijadikan lebih cekap melalui inovasi atau cara kerja baharu, tidak ada apa-apa proses yang menjadi ‘sacred cows’ yang tak boleh kita ganti dengan proses yang lain,” katanya ketika berucap pada sambutan Hari Inovasi di sini hari ini.

Katanya, proses itu bukan kitab suci berikutan ia adalah sesuatu yang kita boleh ubah bila-bila masa sahaja apabila sudah tidak menepati peredaran zaman atau kehendak pelanggan.

“Penjawat awam hendaklah berpaksi kepada rakyat dan sentiasa bersedia untuk berkhidmat demi kesejahteraan.

“Melalui inovasi dalam perkhidmatan awam, ia dapat meningkatkan nilai tambah dan produktiviti perkhidmatan awam serta meningkatkan kepercayaan pelanggan,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI