fbpx

Agihan stok makanan dan barangan keperluan selesai diagihkan di Bera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NOROLAZALI SULAIMAN (kiri) melihat antara barangan makanan dan keperluan yang dihantar ke pangkalan hadapan di Kampung Batu Bor di Bera.

BERA – Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Bera bersiap sedia menghadapi kemungkinan banjir pada musim tengkujuh ini dengan menyelaraskan agihan stok makanan dan barang keperluan di setiap pangkalan hadapan, di daerah ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan Negeri Pahang, Datuk Seri Norolazali Sulaiman berkata, barangan untuk mangsa banjir itu diagihkan berdasarkan bilangan dan keluarga mangsa banjir pada penghujung tahun lalu dan awal tahun ini.

“Kita telah menghantar barangan keperluan asas seperti beras, minyak masak, gula dan sebagainya ke 12 pangkalan hadapan yang telah ditetapkan di kawasan yang kerap dilanda bencana banjir bagi kegunaan 42 pusat pemindahan sementara (PPS) nanti.

“Ini sebagai langkap siapsiagaan awal kita dalam menghadapi musim tengkujuh, terutamanya di kawasan penempatan di persisir Sungai Pahang, Sungai Bera dan Sungai Triang,” katanya selepas selesai misi penghantaran bekalan keperluan bencana Monsun Timur Laut 2021/2022 Daerah Bera, di Kampung Batu Bor di sini hari ini.

Menurutnya, agihan barangan keperluan itu turut dilaksanakan di pangkalan hadapan yang kerap terputus hubungan seperti di Maahad Tahfiz Safa Marwah di Kampung Durian Tawar, di sini.

Beliau memberitahu dalam bencana banjir lalu, lebih 4,700 mangsa banjir membabitkan 403 keluarga yang terpaksa dipindahkan ke PPS, termasuk PPS yang pertama kali dibuka iaitu di Sekolah Kebangsaan Sri Buntar, Triang.

“Saya telah melawat sembilan pangkalan hadapan bersama JPDB dan pihak jawatankuasa telah melakukan yang terbaik bagi memastikan stok makanan dan barang keperluan yang dihantar itu cukup dan dalam keadaan yang elok,” katanya.

Sementara itu, Norolazali memberitahu, paras air di ketiga-tiga sungai utama dalam daerah Bera ini masih lagi berada pada paras normal, dan jauh dari paras yang boleh menyebabkan banjir besar. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI