fbpx

Jawi tahan 20 lelaki berpakaian wanita di pusat hiburan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
20 lelaki tempatan berpakaian seperti wanita ditahan Jawi dalam serbuan di sebuah pusat hiburan di Jalan Sultan, di sini.

KUALA LUMPUR – Seramai 20 lelaki warga tempatan berpakaian seperti wanita berusia dalam lingkungan 22 tahun hingga 34 tahun telah ditahan dalam serbuan di sebuah pusat hiburan di Jalan Sultan, di sini.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Noor Delhan Yahaya berkata, Op Bersepadu yang dijalankan pada pukul 10 malam itu melibatkan Bahagian Siasatan Jenayah dan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi.

“Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (Jawi) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) turut terlibat.

“20 lelaki ditahan penguatkuasa Jawi kerana berpakaian dan berlagak seperti wanita,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, kesemua yang ditahan akan disiasat di bawah Seksyen 28 Akta Kesalahan Jenayah Syariah,” katanya.

Noor Delhan berkata, dalam operasi tersebut 62 orang warga tempatan turut diperiksa dan didapati dua lelaki tempatan berusia 27 dan 29 tahun, positif dadah.

“Ia terdiri daripada 53 lelaki dan 9 perempuan wanita berusia dalam lingkungan 19 hingga 57 tahun dan dua lelaki ditahan kerana positif dadah jenis tetrahydrocannabinol (thc).

“Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Kita juga akan tingkatkan operasi dan pemeriksaan di pusat hiburan ke atas aktiviti kelab yang tidak mematuhi peruntukan undang-undang yang berkuatkuasa,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI