fbpx

Giliran sisi gelap Caprice pula didedahkan?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CAPRICE tidak gentar dengan dakwaan seorang wanita yang mahu mendedahkan sisi gelapnya.

SELEPAS Caprice melakukan serangan bertalu-talu terhadap golongan pedofilia yang didakwa wujud ramai dalam kalangan pendakwah, kini tuan punya badan pula menjadi sasaran.

Sebaliknya sasaran itu bukan datang daripada golongan pendakwah tetapi seorang wanita yang dikatakan mahu membongkar sisi gelap Caprice suatu ketika dulu.

Seram jugalah dengar apabila ada yang nak membuka semula cerita zaman dulu-dulu sebab pastinya akan terkait dengan kisah kurang enak.

Tetapi Caprice laju bertindak balas selepas namanya dipetik. Dia mengakui pernah memiliki ramai kekasih sewaktu zaman aktif sebagai penyanyi hip-hop dahulu kala.

“Memiliki ramai teman wanita pada zaman hip-hop bukan satu jenayah.

“Pedofilia ialah jenayah,” tulisnya dalam satu hantaran InstaStory.

Semua orang pernah melalui kehidupan zaman ‘kegelapan’ bukan?

Mungkin Caprice sudah belajar daripada kesilapan lalu dan menjadi dirinya sekarang, lebih berani serta lantang.

DIVA: Ramai kecewa konsert Duo Diva Krisdayanti dan Noryn Aziz ditunda.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI