fbpx

Dua bom meletup di Somalia, 100 maut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rakaman lokasi kejadian dua letupan bom di Mogadishu, Somalia kelmarin. - EPA

MOGADISHU, Somalia – Angka korban insiden letupan bom di ibu negara Somalia, Mogadishu, meningkat kepada 100 orang, demikian menurut Presiden Hassan Sheikh Mohamud hari ini.

“Setakat ini, bilangan mangsa yang meninggal dunia mencecah 100 orang manakala 300 lagi cedera. Angka bagi kedua-duanya dijangka terus meningkat,” kata Hassan selepas melawat lokasi kejadian.

Pihak berkuasa Somalia sebelum itu mengesahkan insiden letupan bom yang dipasang pada dua buah kereta yang meragut nyawa ramai mangsa termasuk wartawan tempatan, Mohamed Eise Koona, lapor agensi berita United Press International.

Perdana Menteri Somalia, Hamza Abdi-Barre meletakkan tanggungjawab kedua-dua letupan itu ke atas kumpulan pelampau al-Shabaab.

“Salam takziah kepada keluarga semua mangsa yang terkorban dan mereka yang cedera dalam serangan hari ini. 

“Kerajaan tetap komited untuk memerangi dan menghapuskan kumpulan pengganas al-Shabaab dari negara kita,” kata Barre menerusi laman Twitter.

Kumpulan itu bagaimanapun tidak mengaku bertanggungjawab atas pengeboman tersebut tetapi al-Shabaab jarang melakukan sebarang serangan di tempat terbuka.

Sasaran awal pengebom adalah di Kementerian Pendidikan Somalia diikuti dengan letupan kedua berdekatan di kawasan Zobe Junction di Mogadishu.

Serangan semalam itu berlaku di kawasan yang sama di mana sebuah trak yang penuh dengan bahan letupan meletup pada 14 Oktober 2017, membunuh 512 orang dan mencederakan lebih 290 yang lain. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI