fbpx

PRU15: PN jamin tiada perebutan kerusi di Perak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Faizal (kanan) menjalani pemeriksaan kesihatan pada Program Pemeriksaan Kesihatan di Dewan Azumu Impian Meru, Ipoh hari ini. - Foto ZULFACHRI ZULKIFLI

IPOH – Permuafakatan antara komponen parti dalam Perikatan Nasional (PN) Perak tidak akan membawa kepada isu perebutan kerusi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) seperti mana yang berlaku dalam Pakatan Harapan (PH).

Pengerusi PN Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, pengalaman pada PRU14 membantunya dalam pengagihan kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Perak.

Katanya, meskipun diakui terdapat pertindihan calon di peringkat pusat, namun perkara itu dapat diselesaikan dengan baik.

“Saya ada pengalaman dalam PRU14 ketika membuat agihan kerusi dalam PH. Seperti hari ini pun bergaduh di Changkat Jong apabila calon Amanah (Parti Amanah Negara) bertanding, calon DAP pun bertanding.

“Memang dalam PH, masing-masing anggap diri terlalu hebat. Ada yang (mendakwa) anugerah tuhan, malah kawan-kawan bapa saya pun ramai yang bertanding. Itu yang menyebabkan berlaku banyak pertindihan sehingga tidak dapat diselesaikan,” katanya ketika ditemui pada program pemeriksaan kesihatan di Dewan Azumu Impian Meru di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Ahmad Faizal berkata, sama ada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Pas mahupun Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan), masing-masing menerima keputusan dibuat pimpinan parti tanpa berlakunya pertikaian. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI