fbpx

PRU15: PM persoal tindakan calon pindah randah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ismail Sabri pada sidang akhbar di Program Kenduri Keluarga Malaysia di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah di Bera hari ini.

KUANTAN – Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mempersoalkan tindakan pemimpin parti politik yang kerap berpindah randah kawasan untuk ditandingi setiap kali pilihan raya umum (PRU) diadakan.

Beliau berkata tindakan pemimpin seperti itu menggambarkan mereka seolah-olah tidak yakin dengan perkhidmatan diberikan mereka semasa menyandang sesuatu kerusi sama ada Parlimen atau Dewan Undangan Negeri.

Ismail Sabri memberitahu ada membaca dalam laporan media berhubung pertukaran tempat bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) kali ini termasuk membabitkan Pengerusi Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim dari Port Dickson, Negeri Sembilan ke Tambun, Perak.

“Ramai berpindah randah, saya pun tak tau kenapa mereka suka berpindah. Mungkin mereka tidak yakin dengan perkhidmatan yang mereka berikan selama ini kepada pengundi menyebabkan mereka ke tempat lain dan buat janji baru supaya mempengaruhi pengundi di situ.

“Mereka tidak boleh membohongi pengundi yang sama kalau mereka tidak memberikan perkhidmatan kepada pengundi di situ, mereka tidak boleh janji lagi, rakyat tidak akan percaya.

“Saya bertanding di Bera sejak 2004 dan saya masih di Bera. Kalau saya Perdana Menteri mungkin saya boleh pindah ke tempat lain yang lebih selamat kalau saya tidak beri perkhidmatan kepada rakyat di Bera, saya takut untuk berkhidmat di tempat sama kerana janji saya tidak akan diterima, tapi saya kekal,” katanya pada Program Kenduri Keluarga Malaysia di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah di sini hari ini.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI