fbpx

PRU15: GTA tanding 13 kerusi Parlimen, 25 kerusi DUN di Pahang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AMINUDDIN Yahaya (dua dari kiri) diiringi AJK Tertinggi GTA, Khaidir Ahmad (kanan) melancarkan Jentera Gagasan Bangsa (GB) di Dewan Seri Kerinau, di Temerloh hari ini.

TEMERLOH – Gerakan Tanah Air (GTA) akan meletakkan lebih 60 peratus calon golongan profesional di 13 kerusi Parlimen dan 25 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Pahang pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) nanti.

Pengerusi GTA Pahang, Aminuddin Yahaya berkata, bakal calon yang akan dipilih semestinya yang tiada kaitan dengan isu rasuah, salah guna kuasa atau akhlak tidak betul.

“Lebih 60 peratus yang bakal dicalonkan sama ada dari parti atau bukan parti bukan orang sebarangan, hanya calon-calon yang mempunyai rekod bersih sahaja akan dicalonkan.

“Kita memang akan tapis semua calon. Kita tidak akan terima sebarangan calon tetapi yang mempunyai integriti serta tiada masalah,” katanya pada sidang media Selepas Majlis Pelancaran Jentera Gagasan Bangsa (GB) di Dewan Seri Kerinau, di sini, pada Sabtu.

Gagasan Bangsa (GB) adalah merupakan gabungan pemimpin-pemimpin Melayu pelbagai kumpulan dari seluruh Malaysia dengan pelbagai latar belakang dari NGO Melayu, ahli akademik, agamawan, alam sekitar, profesional (peguam, dokor), kesenian, bekas pegawai kerajaan.

Aminuddin berkata, semua calon yang ditapis itu adalah dari empat parti yang bernaung di dalam GTA iaitu parti Pejuang, Putra, Berjasa dan Iman serta daripada badan bukan kerajaan (NGO).

Katanya lagi, walaupun GTA merupakan parti ‘underdog’, dan tidak sebesar parti-parti yang lain, namun beliau yakin pasukan jentera akan mampu mencapai sasaran untuk mendekati pengundi khususnya yang berumur 18 hingga 40 tahun.

“Kita mempunyai strategi untuk mendekati pengundi muda berusia 18 hingga 21 tahun yang buat pertama kali mengundi menerusi platform media yang akan digerakkan oleh pasukan jentera khas.

“Kita akan salurkan maklumat melalui media sosial di setiap rumah terutamanya pengundi muda bagi menjelaskan konsep pendekatan kita termasuk aspirasi rakyat dapat diangkat,”ujarnya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI