fbpx

Bojan mula ‘hidu’ aksi suku akhir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JOSUE meraikan jaringannya bersama rakan-rakan sepasukan ketika KL City menewaskan PDRM FC 3-0 pada pusingan pertama Piala Malaysia di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur kelmarin.

PENGENDALI Kuala Lumpur City, Bojan Hodak mengakui kemenangan 3-0 ke atas PDRM FC pada pusingan pertama Piala Malaysia di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur kelmarin memberi kelegaan buatnya untuk merangka strategi lebih baik di peringkat suku akhir.

Jurulatih dari Croatia itu seakan-akan memberi baya­ngan KL City sudah sebelah kaki ke suku akhir Piala Malaysia dan bercadang untuk memberikan minit permainan kepada dua atau tiga orang lagi pemain pada aksi timbal balik, Selasa depan.

“Kamu kena faham, sebelum ini kami bermain pada final Piala AFC dan mungkin perubahan pemain yang dilakukan kali ini, mengakibatkan kami hilang sentuhan. Saya gembira dengan keputusan ini tetapi tidak untuk prestasi.

“Kemenangan 3-0 dan tidak bolos adalah satu keputusan yang bagus, malah mampu beri keyakinan kepada pemain. Bagusnya pemain yang jarang bermain dapat minit permainan.

“Mungkin selepas ini saya akan beri peluang kepada dua atau tiga lagi pemain memulakan perlawanan. Secara tidak langsung ia bantu pasukan dapatkan lebih banyak pilihan sebelum meneruskan aksi selepas ini,” katanya.

Pada perlawanan kelmarin, Romel Morales menyumbangkan dua gol, manakala kapten pasukan, Paulo Josue yang dima­sukkan sebagai pemain gantian turut cemerlang menghasilkan satu gol.

Pada masa sama, Bojan me­nuntut reaksi segera daripada penyerang pinjaman, Jordan Mintah selepas dihimpit kecewa gagal menyudahkan beberapa peluang terbaik.

“Adakalanya penyerang tidak dapat menjaringkan gol. Lihat sahaja Jordan, dia memiliki peluang tetapi gagal sudahkannya. Jadi, saya harap Jordan mampu mengembalikan keyakinannya untuk hadapi perlawanan akan datang,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI