fbpx

Ibu dan anak maut kemalangan tiga kenderaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan kereta yang rosak teruk akibat kemalangan melibatkan tiga kenderaan di Kilometer 41 Lebuh Raya Kuala Lumpur -Karak (KLK), Bentong awal pagi tadi.

BENTONG – Seorang ibu dan anak maut selepas kereta dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Kilometer 41 Lebuh Raya Kuala Lumpur – Karak (KLK) di sini awal pagi tadi.

Mangsa yang maut dalam kejadian itu ialah penumpang kereta jenis Honda City, Awai Novita Sari, 52, dan Nur Ilham Rosdi, 28.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd. Kahar berkata, kejadian kira-kira pukul 1.30 pagi itu berlaku ketika mangsa yang menaiki kereta dipandu seorang lelaki dalam perjalanan dari Kuala Lumpur menghala ke Terengganu.

“Apabila sampai di tempat kejadian, dipercayai pemandu kereta tersebut hilang kawalan lalu melanggar bahagian belakang sebuah treler yang berada di lorong kiri lalu kereta berkenaan berpusing masuk ke lorong kanan.

“Dalam masa sama datang sebuah lagi kereta jenis Proton Preve dari arah belakang tidak sempat mengelak dan melanggar kereta dinaiki mangsa,” katanya di sini hari ini.

Tambahnya, akibat kejadian dua penumpang yang menaiki kereta jenis Honda City mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian.

Beliau berkata, mangsa yang meninggal dunia dibawa ke Hospital Bentong untuk bedah siasat manakala mangsa yang cedera dirawat di hospital sama.

Katanya, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan masih giat dilakukan.

“Mana-mana pihak yang menyaksikan kejadian diminta tampil bagi membantu siasatan. Polis menasihatkan semua pengguna jalan raya agar sentiasa memandu kenderaan secara berhati-hati dan berhemah,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI