fbpx

PRU15: Mohamad Sabu jangka kekal pertahan Kota Raja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamad Sabu (dua kanan) ketika hadir Jelajah Mega Harapan dan Pelancaran Jentera PRU15 PH Selangor di Padang Dewan Kampung Assam Jawa, Kuala Selangor, malam tadi.

KUALA SELANGOR – Mohamad Sabu tidak menolak kemungkinan bakal mempertahankan kerusi Parlimen Kota Raja dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) itu berkata, beliau sememangnya akan kekal bertanding bersama blok Pakatan Harapan (PH).

“Namun, saya setakat ini belum menentukan lagi bertanding di kerusi mana.

“Jangkaan saya sebolehnya di tempat lama (Kota Raja) dan pengumumannya akan dibuat secara rasmi pada Ahad ini,” katanya ketika ditemui selepas Jelajah Mega Harapan dan Pelancaran Jentera PRU15 PH Selangor di Padang Dewan Kampung Assam Jawa di sini, malam tadi.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), Mohamad Sabu memenangi Parlimen Kota Raja (P111) dengan majoriti 71,142 undi menewaskan calon Pas, Mohamed Diah Harun dan V. Gunalan (BN).

Dalam pada itu, Mohamad berkata, Amanah dijangka mempertaruhkan enam kerusi Parlimen di Selangor.

“Perkara itu belum muktamad dan akan diputuskan ketika pengumuman calon di ibu pejabat parti di Kuala Lumpur nanti.

“Beberapa perkara perlu disemak terlebih dulu seperti status kebankrapan dan faktor lain,” ujarnya.

Mengulas mengenai Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad yang mahu mempertahankan kerusi Parlimen Kuala Selangor, kata beliau, keputusan itu bergantung kepada siapa calon Barisan Nasional (BN).

“Jika BN meletakkan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz (Menteri Kewangan), kita semestinya mempertaruhkan Dzulkefly. Jika sebaliknya, kita akan meletakkan calon lain yang setaraf dengan lawan,” katanya. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI