fbpx

Penilaian fizikal, rundingan harga LCA selesai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hishammuddin (dua kiri) memakaikan Beret PBB sempena Penghantaran Kumpulan Pertama Battalion 850-10 (Malbatt 850-10) ke Lubnan di Pangkalan Udara Subang hari ini. - Foto FARIZ RUSADIO

SUBANG – Penilaian fizikal serta rundingan harga melibatkan perolehan 36 pesawat tempur ringan (LCA) sudah selesai dan perkara itu diserahkan kepada Kementerian Kewangan (MOF).

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, Kementerian Pertahanan (Mindef) telah menerima laporan penuh berhubung perolehan aset tersebut.

“Laporan telah saya terima daripada Mindef termasuk rundingan harga serta perjanjian yang disyorkan oleh ‘end user’ iaitu Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) sudah selesai.

“Sekarang ini, kita tunggu apa yang diputuskan oleh MOF. Ini janji saya kepada TUDM dan memang kita perlukan LCA.

“Saya percaya tidak akan timbul masalah sekiranya saya menggunakan kaedah ditentukan oleh ‘end user’ sendiri,” katanya pada sidang akhbar di Pengkalan TUDM Subang di sini hari ini.

Terdahulu, beliau menghadiri Majlis Pemakaian Beret Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) serta Penyerahan Bendera Malaysia dan Penghantaran Kumpulan Pertama
Pasukan Pengaman Batalion Malaysia (Malbatt 850-10) bagi misi United Nations Interim Force (UNIFIL) ke Lubnan.

Sebelum ini media melaporkan, sejumlah lapan syarikat antarabangsa dilaporkan membida tender pembekalan 36 jet LCA TUDM setakat ini.

Ia selepas Mindef melancarkan tender terbuka sejak 22 Jun lalu dan ditutup pada 22 September.

Perolehan itu bakal menggantikan lima jet LCA dua kerusi model BAE System Hawk Mk 108 dan 13 model Mk 208 kerusi tunggal buatan Britain yang digunakan lebih sedekad lalu. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI