fbpx

Mohd. Nafuzi enggan fikir soal kontrak saat ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOHD. NAFUZI masih mengunci mulut mengenai status kontrak yang ditawarkan oleh TFC atau sedia meninggalkan skuad gergasi Pantai Timur itu.

PENGENDALI Terengganu FC (TFC), Mohd. Nafuzi Zain mahu memberi fokus kepada aksi sulung Piala Malaysia menentang Sri Pahang di Stadium Darul makmur, Kuantan malam ini.

Beliau berkata, kemenangan amat penting sebagai bekalan di laman sendiri, sekali gus menjadi pemangkin untuk mara ke pusi­ngan suku akhir.

“Kemudian baru saya fikirkan kontrak lanjutan bersama TFC yang baru ditawarkan pengurusan semalam (kelmarin).

“Saya belum baca terma dan klausa kontrak baharu itu kerana terlalu fokus terhadap persiapan pasukan untuk menentang Sri Pahang,” katanya kepada Kosmo! di Kuala Terengganu semalam.

Mohd. Nafuzi amat berterima kasih atas kepercayaan yang masih diberikan TFC kepadanya untuk terus mengemudi skuad Sang Penyu musim depan.

Jelas pengendali berusia 44 tahun itu, beliau sejujurnya amat teruja untuk merasai pengalaman baharu membimbing TFC ke pentas Piala AFC musim depan.

“Saya sayang hubungan unik bersama pemain, barisan kejurulatihan dan penyokong selama ini. Ia kunci kejayaan kami memenuhi indeks prestasi utama (KPI) ditetapkan pengurusan ia­itu menempah slot Piala Asia dan mara ke final Piala FA.

“Begitupun, beri saya masa untuk meneliti terma dan klausa kontrak baharu terbabit sebelum memuktamadkannya,” katanya.

Mohd. Nafuzi menjelaskan, walaupun keutamaannya buat masa ini adalah TFC, namun beliau tidak mahu menolak sebarang kemungkinan lain kerana ia bukan mustahil dalam bola sepak.

Bekas jurulatih skuad Piala Presiden Kelantan dan T-Team itu juga tidak menolak kemungkinan untuk melakukan perbinca­ngan lanjut dengan pengurusan TFC pada masa terdekat.

Ahli Lembaga Pengarah TFC yang bermesyuarat kelmarin berpuas hati dengan prestasi Mohd. Nafuzi sebelum menawarkan kontrak lanjutan untuk terus mengemudi skuad Sang Penyu pada musim depan.

Mohd. Nafuzi yang turut ditawarkan kebebasan memilih pemain musim depan diberi masa 14 hari untuk beri kata putus.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI