fbpx

Terengganu terima tujuh anugerah pelancongan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian pemain industri pelancongan Terengganu yang memenangi anugerah pada majlis Anugerah Emas Lembaga Pelancongan Malaysia yang berlangsung di Kuching, Sarawak pada Sabtu lalu.

KUALA TERENGGANU – Industri pelancongan Terengganu terus menerima pengiktirafan apabila menggondol tujuh anugerah pada majlis Anugerah Emas Lembaga Pelancongan Malaysia yang berlangsung di Kuching, Sarawak pada Sabtu lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan Dan Teknologi Digital Terengganu, Ariffin Deraman berkata, tujuh anugerah tersebut ialah Anugerah Emas Tarikan Terbaharu Kebudayaan untuk Kampung Budaya Terengganu dan Anugerah Emas Taman Eko Negeri (Majlis Pengurusan Taman Negeri).

“Warisan Spa pula meraih Anugerah Emas Spa Tradisional, Pusat Sains dan Kreativiti Terengganu (Anugerah Emas Pusat Pendidikan dan Hiburan Kanak-Kanak) dan Perkampungan Konservasi Gajah Kenyir (Anugerah Emas Projek Pembangunan Pelancongan).

“Selain itu, Taman Eco Lata Kolam Air Deru menerima Anugerah Emas Pelancongan Eko-Pengembaraan serta Anugerah Emas Pemandu Pelancong Alam Semulajadi,” katanya di sini hari ini.

Ariffin memberitahu semua anugerah bagi menghargai sumbangan pemain industri pelancongan tersebut disampaikan kepada Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan (I) Sarawak, Datuk Sebastian Ting.

Jelas beliau, tujuh anugerah itu merupakan pengiktirafan besar buat industri pelancongan Terengganu.

“Ia hasil kerja keras pemain industri pelancongan Terengganu yang telah bekerja keras bangkit kembali setelah terjejas teruk akibat penularan Covid-19.

“Anugerah terbabit meningkatkan azam kerajaan negeri Terengganu untuk melonjakkan lagi industri pelancongan negeri,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI