fbpx

JIM kesan lelaki warga Pakistan bagi perbicaraan mahkamah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Umair Hazrat.

PUTRAJAYA – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) mengesan seorang lelaki warganegara Pakistan yang dikehendaki bagi tujuan perbicaraan di Mahkamah Sesyen Khas PATI Semenyih.

JIM menerusi kenyataan akhbar hari ini berkata, lelaki berkenaan dikenali sebagai Umair Hazrat, 37, (pasport AC2297453) yang beralamat terakhir di Blok A-09-06, Residensi PV21, Jalan Usahawan 2, Off Jalan Genting Klang, Setapak Kuala Lumpur.

“Lelaki itu dikehendaki berhubung kes pendakwaan di bawah Seksyen 55D Akta Imigresen 1959/63 (PINDAAN 2002).

“Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh hubungi Timbalan Penolong Pengarah Imigresen Kanan (TPPK) Noramrina Saat di talian 03-88801338 atau 03-88801330 pada waktu pejabat dan Bilik Gerakan 03-88801555 selepas waktu pejabat,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI