fbpx

Hoki SOJC: Malaysia dirundum malang, kalah buat kali keempat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PEMAIN Malaysia berebut dengan pertahanan Great Britain pada Kejohanan Hoki Piala Sultan Johor 2022 di Stadium Hoki Taman Daya, Johor Bahru, hari ini.-Foto RAJA JAAFAR ALI

JOHOR BAHRU – Pasukan hoki remaja terus dirundum malang apabila merekodkan kekalahan keempat setelah tewas 2-4 kepada Great Britain pada kejohanan hoki Bawah 21 tahun Piala Sultan Johor (SOJC) edisi ke-10 di Stadium Hoki Taman Daya, malam ini.

Great Britain tidak menunggu lama untuk membuka jaringan apabila berjaya menghasilkan gol seawal minit kedua menerusi gol padang Tom Moorhouse.

Pada suku kedua, ketika permainan berusia dua minit, juara tiga kali itu menambah jaringan menerusi gol padang Fred Newbold pada minit ke-17.

Memasuki suku ketiga, pasukan kendalian Jon Bleby terus mempamerkan penguasaan dengan meledak dua gol hasil jaringan Jamie Golden menerusi gol padang pada minit ke-34.

Pada minit ke-43, Harrison Stone menambah derita buat pasukan tuan rumah apabila mencipta jaringan namun gol padang bagi memastikan Great Britain berada di kedudukan lebih selesa.

Skuad Young Tigers akhirnya berjaya memecahkan kebuntuan apabila memperoleh gol menerusi jaringan padang oleh Muhammad Danish Aiman Khairil Anuar pada minit ke-50.

Tiga minit berselang, skuad remaja negara menambah jaringan menerusi pukulan sudut penalti yang disempurnakan oleh Shahmie Irfan Suhaimi bagi memberi tekanan kepada pasukan lawan.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI