fbpx

Choupo-Moting dapat kepercayaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CHOUPO-MOTING berjaya mempamerkan aksi terbaik menentang Hoffenheim menyebabkan dia dipilih untuk turun menggempur kubu Barcelona awal pagi esok. – AFP

MUNICH – Penyerang Bayern Munich, Eric Maxim Choupo-Moting dijangka akan meng­galas tugas sebagai penggempur utama bagi aksi Kumpulan C Liga Juara-Juara menentang Barcelona awal pagi esok.

Bekas pemain Stoke City itu menampilkan aksi cukup memberangsangkan ketika membantu Bayern menewaskan Hoffenheim 2-0 dengan menjaringkan satu gol selain menjadi nadi yang menggerakkan serangan pasukan.

Justeru, jurulatih The Bava­rians, Julian Nagelsmann tidak menolak kemungkinan untuk terus mengharapkan pemain antarabangsa Cameroon itu bagi merobek pintu gol Barcelona pada pertemuan awal pagi esok.

“Choupo (Moting) terus menampilkan aksi terbaik bersama pasukan. Saya gembira de­ngan peranan yang dimainkan serta jaringannya membantu Bayern untuk mengutip tiga mata bertemu Hoffenheim.

“Dia seorang penyerang yang baik, jadi saya rasa bertuah ke­rana dia berada dalam pasukan. Choupo agak letih selepas perlawanan itu, jadi kita tunggu dan lihat sama ada dia akan ber­aksi atau tidak bertemu Barcelona,” katanya.

Selepas menampilkan aksi memberangsangkan dalam saingan Bundesliga setakat ini, Choupo-Moting berjaya memahat namanya sebagai antara pemain penting dalam pasukan selain disenangi penyokong.

Pasukan juara Eropah enam kali itu akan turun tanpa sebarang tekanan pada pertemuan awal pagi esok memandangkan mereka sudah memastikan tempat ke pusingan kalah mati biarpun saingan peringkat kumpulan masih berbaki dua perlawanan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI