fbpx

Asteroid Phaethon berubah kelajuan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ASTEROID Phaethon dijangka menghampiri bumi menjelang tahun 2028. – Gambar hiasan

ASTEROID Phaethon yang diramalkan menghampiri bumi pada 2028 sedang diperhatikan secara teliti oleh para penyelidik di seluruh dunia. Ia disebabkan keanehan yang berlaku terhadap kelajuan putarannya.

Penyelidik mendapati, Phaethon berputar dengan lebih pantas berbanding yang diramal.

Perubahan kelajuan putaran tersebut membolehkan pasukan pengkaji meramalkan orientasi asteroid berkenaan dengan lebih tepat semasa berada di angkasa dan pemerhatian spesifik dilakukan.

Malah, Phaethon merupakan asteroid ke-11 yang menunjukkan perubahan dalam tempo putarannya.

Untuk makluman, objek tersebut merupakan batuan angkasa terbesar dengan diameter purata 5.4 kilometer.

Justeru, Agensi Penerokaan Aeroangkasa Jepun berhasrat melancarkan kapal angkasa Destiny+ bagi mengkaji secara intensif objek yang berpotensi mendatangkan bahaya pada masa depan itu.

Sementara itu, seorang saintis di Balai Cerap Arecibo, Puerto Rico, Marshall telah menggunakan data pemerhatian dari 1989 hingga 2021 bagi mencipta model Phaethon sebagai persediaan untuk misi Destiny+.

“Ramalan daripada model data tidak sepadan. Ia juga tidak selari dengan pemerhatian nyata.

“Saya sedar, keadaan ini berlaku disebabkan perubahan putaran Phaethon pada beberapa waktu pemerhatian sebelum tahun 2021,” katanya.

Tambahnya lagi, objek angkasa itu pernah berada berhampiran perihelion atau titik dalam orbitnya yang paling hampir dengan matahari pada Disember 2020.

Dengan penemuan itu, Marshall menjelaskan, model paling sesuai untuk mengkaji asteroid Phaethon adalah dengan menggunakan data pecutan putaran malar.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI