fbpx

11 kanak-kanak buta terkorban dalam kebakaran asrama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pakar forensik polis menyiasat tempat kejadian kebakaran di Sekolah Orang Buta Salama di Daerah Mukono, Uganda, kelmarin. - EPA

KAMPALA, Uganda – Sebelas kanak-kanak maut manakala enam lagi dalam keadaan kritikal selepas satu kebakaran berlaku di Sekolah Orang Buta Salama di Uganda, lapor agensi berita United Press International (UPI) semalam.

Kebakaran bermula di asrama awal pagi semalam, di mana sekurang-kurangnya 27 kanak-kanak cacat penglihatan sedang tidur. 

Menurut kenyataan Pasukan Polis Uganda, punca kebakaran masih dalam siasatan.

“Punca kebakaran setakat ini tidak diketahui tetapi ia telah menyebabkan 11 kematian penghuni kanak-kanak manakala enam lagi mangsa dalam keadaan kritikal dan dimasukkan ke Hospital Herona di Kisoga,” kata kenyataan tersebut.

Pengasas sekolah itu, Francis Kinubi berkata, kesemua mangsa adalah kanak-kanak perempuan yang berumur antara enam hingga 10 tahun.

Ujian asid deoksiribonukleik (DNA) akan dijalankan untuk mengenal pasti mangsa kerana mayat mereka dalam keadaan rentung sehingga tidak dapat dikenal pasti oleh ahli keluarga.

Kanak-kanak yang cedera pula melecur teruk dengan kebanyakannya pada lengan, kaki dan dada mereka. 

Empat daripada kanak-kanak itu dihantar ke Hospital Negara Kiruddu berdekatan ibu kota Uganda, Kampala.

“Tragedi ini benar-benar meremukkan hati kita semua.

“Sistem pendidikan kami memberi peluang kepada semua orang tanpa mengira apa cabaran fizikal yang dihadapi mereka. Hari ini, kami telah kehilangan 11 anak kelainan upaya dalam insiden yang sangat dahsyat,” kata Menteri Pendidikan, Joyce Kaduchu. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI