fbpx

Sindiket kempunan eksport jongkong aluminium RM819,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Misbahudin (kanan) menunjukkan sebahagian jongkong aluminium yang dirampas JKDM di Pelabuhan Johor, Pasir Gudang, Johor hari ini.

JOHOR BAHRU – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Johor berjaya menggagalkan cubaan menyeludup keluar tiga kontena berisi skrap aluminium bernilai RM819,000 dalam satu operasi khas di Pelabuhan Johor, Pasir Gudang, 17 Oktober lalu.

Pengarah JKDM Johor, Misbahudin Parmin berkata, operasi yang dijalan pada pada pukul 11.30 pagi dilakukan di Container Inspection Bay (CIB) dan memeriksa tiga kontena.

Beliau berkata, hasil pemeriksaan ke atas dokuman pengikraran Borang Kastam 2 mendapati bahawa dagangan telah diikrar sebagai kepingan aluminium.

“Dagangan yang diikrar tidak sama dengan muatan yang terdapat di dalam kontena.

“Tiada sebarang cukai eksport dan keperluan permit daripada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti) bagi pengeksportan dagangan yang diikrar ini,” katanya dalam sidang akhbar di JKDM, Pasir Gudang di sini hari ini.

Misbahudin berkata, hasil pemeriksaan rapi ke atas tiga kontena tersebut bersama pengawai penguatkuasaan, wakil Pelabuhan Johor dan wakil syarikat penghantaran mendapati tiga kontena 40 kaki mengandungi 73,696 kilogram (kg) skrap yang dipercayai tidak mempunyai permit eksport yang sah.

Anggaran dagangan yang telah dirampas bernilai RM745,300 dan duti eksport terlibat berjumlah RM74,530.

“Modus operandi sindiket penyeludupan ini adalah dengan membuat pengikraran palsu serta perakuan tidak benar di dalam Borang Kastam 2 semasa pengeksportan dibuat.

“Ini bagi tujuan mengaburi pandangan pihak berkuasa serta mengelak daripada dikenakan duti eksport sebanyak 10 peratus dan mengelak daripada perlu mengemukakan permit MITI,” katanya.

Beliau berkata, skrap aluminium tersebut dipercayai untuk dieksport ke Asia Timur memandangkan harga sebenar aluminium tinggi di negara-negara terbabit.

Jelasnya, wakil syarikat perkapalan iaitu seorang lelaki warga negara tempatan berumur 28 tahun telah ditahan untuk membantu siasatan dan dilepaskan dengan jaminan RM5,000. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI