fbpx

Max Verstappen berang sikap seteru F1

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
VERSTAPPEN menganggap seterunya sebagai hipokrit kerana menuduh Red Bull menggunakan perbelanjaan melebihi had dibenarkan. – AFP

LONDON – Max Verstappen menggelar pesaingnya sebagai ‘hipokrit’ terutama mengenai skandal pelanggaran had per­belanjaan semusim dalam perlumbaan Formula Satu (F1) musim lalu.

Sehari selepas melakar gela­ran dunia F1 di Jepun, Persekutuan Automotif Antarabangsa (FIA) mendedahkan Red Bull dan Aston Martin didapati mengeluarkan dana lebih daripada AS$145 juta (RM684 juta) musim lepas.

Bagaimanapun, FIA menjelaskan Red Bull mengeluarkan dana lebih dengan nilai yang kecil iaitu kurang daripada 5 peratus daripada had keseluruhan.

Red Bull menafikan pelanggaran tersebut dan merancang untuk membuat rayuan berkenaan keputusan keputusan FIA.

Ketika ini, beberapa pasukan F1 dilihat berang dengan pelanggaran tersebut dan menuntut FIA memberi hukuman keras selepas Red Bull melakukan penipuan.

“Saya fikir mereka bertindak sedemikian kerana kami melakukannya dengan baik. Mereka cuba memperlahankan rentak dan prestasi kami dengan apa cara sekali pun.

“Semua orang agak hipokrit, tetapi saya tiada masalah dengan perkara tersebut. Ketika ini kami te­lah melakukan perkara yang terbaik,” kata Verstappen.

Sementara itu, FIA dilaporkan telah menawarkan sesuatu kepada Red Bull dan dijangka pasukan itu akan menerima hukuman paling ringan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI