fbpx

[VIDEO] Penunggang basikal cedera dilanggar motosikal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar penunggang basikal 'terbaring' di tengah jalan raya setelah dilanggar sebuah motosikal di Jalan Putra Damai.

SERDANG- Seorang penunggang basikal berusia 36 tahun dilanggar oleh sebuah motosikal di Jalan Putra Permai, berhampiran Stesen MRT Putra Permai arah Putrajaya di sini.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A A Anbalagan berkata, berdasarkan rakaman kamera papan pemuka (dashcam) sebuah kenderaan, kemalangan tersebut berlaku pada 20 Oktober, pukul 8 malam namun laporan diterima pada esoknya sekitar pukul 3.47 petang.

“Kemalangan dipercayai berlaku apabila penunggang basikal yang datang dari arah Equine menghala ke Putrajaya.

“Pada awalnya, penunggang basikal berada di lorong kanan dan cuba menukar ke lorong kiri, namun, secara tiba-tiba sebuah motosikal melanggar basikal berkenaan dari arah belakang,” katanya dalam laporan hari ini.

Menurutnya lagi, rentetan dilanggar sebuah motosikal, penunggang basikal tersebut jatuh dan mengalami cedera ringan.

“Kenderaan bergerak perlahan ketika itu dan penunggang basikal juga didapati menunggang seorang diri.

“Buat masa ini, penunggang motosikal masih belum tampil membuat laporan polis dan kami dalam usaha mengesan penunggang motosikal berkenaan,” katanya.

Tambahan, kes ini masih lagi dalam siasatan pihak polis. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI