fbpx

Sheila Rusly kongsi tip rumah tangga kepada menantu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SHEILA Rusly bersyukur kerana menerima seorang menantu yang suka belajar sesuatu perkara terutama memasak.

SUBANG JAYA – Pengarah dan penerbit Sheila Rusly mendedahkan sering berkongsi rahsia dan tip untuk kekal bahagia dalam rumah tangga kepada menantunya iaitu pelakon Elisya Sandha.

Sheila, 51, berkata, tiga perkara paling penting untuk diberi perhatian ialah menjaga hati suami, menjaga perut iaitu dengan memasak dan hubungan intim.

“Saya selalu berkongsi tip dengan Elisya kalau nak bahagiakan suami kena jaga tiga perkara. Satu kena jaga hati, kedua jaga perut dia dan ketiga jaga anu (hubungan intim).

“Sekarang ‘anu’ jaga dulu… itu salah! Nanti bila dah tak sedap kau cari lain. Tiga perkara itu sahaja.

“Jaga hati dia jangan buat benda yang suami tak suka. Rajin memasak untuk ikat perut suami. Barulah hubungan intim sekali atau dua kali seminggu,” ujarnya.

Sementara itu, Sheila bersyukur kerana dikurniakan menantu yang rajin membantunya di dapur.

Malah, Elisya juga tidak pernah berhenti mencuba masakan baharu untuk menambat hati suaminya, Uzair Haqimy.

“Setiap kali saya di dapur dia akan tanya masak apa. Dia tanya macam mana nak buat masakan itu, dulu dia siap catit pada buku nota tapi sekarang dia dah mudah faham.

“Setahun jadi menantu nampak dia banyak belajar, sekarang sekali atau dua kali cuba sudah terus jadi,” ujarnya.

Sheila ditemui pada majlis pelancaran program masakan terbaharu Dapur Tempur di Subang Gio, di sini, baru-baru ini.

Menerusi program tersebut, Sheila menggalas tanggungjawab sebagai juri bersama cef selebriti, Cef Adu Amran.

Dapur Tempur bakal bersiaran sebanyak lapan episod akan menemui penonton bermula 3 November ini, setiap hari Khamis pukul 8.30 malam di TV9. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI