fbpx

PST2022 usaha semarakkan kesenian negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PST20222 dianjurkan bagi kelestarian seni persembahan tradisional dapat diteruskan dan alternatif kepada langkah pemeliharaan seni warisan negara.

KUALA LUMPUR – Sempena Panggung Seni Tradisional 2022(PST2022), Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) melalui agensinya, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) mempersembahkan Himpunan Terinai Perlis dengan iaitu Restorasi Terinai Perlis di Dewan Tunku Abdul Rahman, Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC) di sini hari ini.

Program yang berlangsung selama dua hari sejak semalam itu merupakan usaha JKKN bagi memastikan kelestarian seni persembahan tradisional dapat diteruskan dan alternatif kepada langkah
pemeliharaan seni warisan negara.

Ketua Setiausaha MOTAC, Datuk Saraya Arbi menerusi satu kenyataan berkata, program tersebut menjadi serampang dua mata bagi menjadikan Kuala Lumpur sebagai hab persembahan tradisional dan PST merupakan salah satu produk pelancongan negara.

“MOTAC menerusi JKKN sentiasa komited terhadap usaha bagi memartabatkan kesenian tradisional yang unik menerusi program sebegini.

“PST menjadi medium yang sangat bertepatan dalam usaha menyemarakkan seni budaya warisan negara agar tidak lapuk ditelan zaman bahkan terus membara untuk generasi akan datang,” katanya.

PST yang dilaksanakan sejak tahun 2013 menampilkan 51 kesenian tradisional yang merangkumi tarian, muzik dan teater.

“Program ini melibatkan 103 kumpulan kesenian yang menggabungkan pelbagai agensi kerajaan, universiti awam dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO).

“Tahun ini PST kembali menemui peminat dengan menyajikan lima pengisian persembahan menarik dan ditunggu-tunggu penggemar seni budaya seluruh Malaysia,” ujarnya lagi.

PST kali ini dimeriahkan dengan Teater Tradisional Wayang Kulit, Himpunan Zapin Alam Melayu, seni pergendangan dan tari etnik Punjabi, muzik dan tarian klasik Cina dan banyak lagi.

Selain itu, program Terinai yang julung kali diadakan turut menghimpunkan pelbagai bentuk tarian inai atau Terinai dalam satu persembahan yang dibimbing oleh pakar artistik Terinai, Dr. Zamin Haroon.

Antara terinai yang bakal dipersembahkan kepada umum ialah Terinai Layang Mas, Terinai Dewa Raja dan Terinai Dudui.

Bagi mendapatkan maklumat dan keterangan lanjut mengenai program tersebut, orang ramai boleh melayari laman sesawang JKKN iaitu www.jkkn.gov.my ataupun boleh layari facebook JKKN melalui pautan www.facebook.com/mysenibudaya. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI