fbpx

Dialog ‘abang suka’, panaskan Zamarul Hisham

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BABAK ‘seriau’ dalam drama Tiada Maaf Buatmu yang memanaskan nama Zamarul Hisham.

BELUM terhapus ingatan penonton terhadap watak gila Adam dalam drama Aku Tanpa Cintamu bersama Bella Astillah, aktor Zamarul Hisham sekali lagi membuatkan ramai ‘naik hantu’ dengan lakonannya.

Terbaharu, dia muncul dalam drama Tiada Maaf Buatmu sebagai Datuk Mazlan yang berperwatakan lelaki miang.

Paling mencetuskan kebencian membuak-buak terhadapnya adalah dialog ‘double meaning’ dalam satu babak ketika Zamarul menculik Zahirah MacWilson (Aina Cempaka).

“Alahai putihnya kaki, merah buku lali. Pergi basuh bersih-bersih okey. Tak basuh pun tidak mengapa, saya suka.”

Dialog tersebut mengundang pelbagai reaksi ramai. Ada yang memuji lakonan hebat Zamarul dan tak kurang juga ‘geli’ dengan dialog tersebut.

“Aku pula yang rasa meremang dengar dialog tersebut. Apa pun, Zamarul memang pelakon hebat,” komen netizen.

“Aku belum ‘move on’ dengan watak Adam, sekarang sakit hati pula dengan Datuk Mazlan,” kata seorang lagi penonton drama tersebut.

Mula bersiaran sejak 28 September lalu menerusi Astro Ria, drama tersebut juga dibintangi Aiman Hakim Ridza, Hafreez Adam dan Wan Raja.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI