fbpx

Kementerian Kesihatan Indonesia kesan 3 bahan kimia berbahaya dalam ubat sirap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Budi memaklumkan penemuan 3 bahan kimia itu adalah dari ubat sirap yang diambil di rumah pesakit. - Kementerian Kesihatan

JAKARTA – Menteri Kesihatan, Budi Gunadi Sadikin berkata terdapat penemuan sebatian tertentu atau bahan kimia berbahaya dalam ubat yang diambil oleh kanak-kanak yang mengalami kegagalan buah pinggang akut progresif atipikal (AKI), lapor stesen penyiaran CNNIndonesia kelmarin.

Tiga sebatian tersebut adalah etilena glikol (EG), dietilena glikol (DEG), dan etilena glikol butil eter (EGBE).

“Beberapa jenis ubat dalam bentuk sirap yang digunakan oleh pesakit berumur bawah lima tahun dan mengalami simptom AKI mempunyai EG, DEG, EGBE. Bahan ini tidak sepatutnya ada atau mempunyai tahap yang sangat sedikit dalam ubat sirap,” kata Budi.

Budi berkata, ketiga-tiga bahan kimia itu adalah kekotoran daripada bahan kimia ‘tidak berbahaya’ iaitu polietilena glikol yang digunakan sebagai penambah keterlarutan atau pelarut tambahan dalam ba­nyak ubat jenis sirap.

Justeru, Budi berpesan agar semua farmasi yang berope­rasi di Indonesia buat sementara waktu tidak menjual ubat-ubatan dalam bentuk sirap kepada orang ramai. 

Petugas kesihatan juga diminta tidak memberi ubat si­rap kepada pesakit lagi.

“Kementerian Kesihatan mengambil sikap konservatif dengan mengharamkan sementara penggunaan ubat sirap, memandangkan kes kanak-kanak kecil yang dikenal pasti menghidap AKI sudah mence­cah kadar kematian atau kadar kematian menghampiri 50 peratus,” katanya.

Jumlah kumulatif penyakit AKI di Indonesia mencapai 206 orang di 20 wilayah pada Selasa  lalu dan daripada ratusan kes, 99 daripada mereka meninggal dunia. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI