fbpx

Pisau kena urat leher punca remaja maut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Timbalan Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Superintenden Ibrahim Mat Som berada di lokasi kejadian remaja lelaki maut tertusuk pisau di leher.

ISKANDAR PUTERI – Tindakan seorang remaja perempuan berusia 18 tahun membaling pisau ke arah adiknya adalah dengan niat hingga menyebabkan mangsa maut dalam kejadian di Kampung Ulu Pulai, Ulu Choh, di sini, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Rahmat Ariffin berkata, dalam kejadian pukul 2.15 petang itu, pisau pemotong sayur yang dibaling pelajar tingkatan enam itu mendatangkan kecederaan di bahagian leher kanan.

Beliau berkata, hasil bedah siasat mendapati punca kematian adalah disebabkan tusukan hujung pisau telah terkena pada saluran darah utama (arteri) menyebabkan pendarahan yang banyak.

“Hasil siasatan mendapati suspek yang ternampak pisau di atas meja telah mencapai pisau itu dan membalingnya ke arah leher adiknya.

“Perbuatan itu menyebabkan mangsa cedera di bahagian leher kanan dan mengalami pendarahan yang banyak. Kes ini bukan dilakukan tanpa niat,” katanya kepada pemberita hari ini.

Semalam, Kosmo! melaporkan seorang pelajar tingkatan empat ditemui maut di rumahnya dipercayai tertusuk pisau dibaling kakaknya dalam kejadian yang berlaku pada 2.15 petang.

Kejadian tersebut dipercayai berpunca daripada perselisihan faham akibat berebut tempat duduk dalam kereta ketika pulang dari sekolah.

Hasil siasatan mendapati, kejadian berpunca daripada pergaduhan adik-beradik dan ibu mangsa mendakwa mangsa  bergaduh dengan kakaknya berikutan berebut tempat duduk dalam kereta ketika pulang dari sekolah.

Kakak mangsa dilaporkan, mengaku membaling pisau ke arah mangsa selepas dipersenda ketika sedang masuk ke dalam rumah.

Dalam pada itu, Rahmat berkata, mangsa yang merupakan pelajar tingkatan empat itu tidak mempunyai kecederaan lain.

Katanya, pisau yang dijadikan senjata oleh suspek perempuan itu sudah dirampas di tempat kejadian semalam.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI