fbpx

Korea Selatan rampas kembali ‘takhta’ makan mi ramen daripada Vietnam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pelbagai jenama ramen dipamerkan di rak jualan sebuah pasar raya di Seoul. – The Korea Herald

SEOUL – Satu kaji selidik mendapati penduduk Korea Selatan makan secara purata 1.7 mangkuk mi segera atau ramen seminggu, bersamaan dengan 88.4 hidangan setahun, lapor akhbar Nation Thailand.

Ia sekali gus menewaskan Vietnam yang mendakwa merampas takhta Korea Selatan dalam ranking ramen global pada Jun lalu dengan purata per kapita 87 mangkuk ramen setahun.

Hasil kaji selidik itu diterbitkan oleh agensi kerajaan, Korea Agro-Fisheries & Food Trade Corp pada  Isnin lepas. Kaji selidik tersebut melibatkan 500 individu berumur 15 hingga 65 tahun dengan jenama Shin Ramyun keluaran syarikat Nongshim menjadi pilihan utama.

Pasukan penyelidik berkenaan mendapati penduduk lelaki Korea Selatan makan ramen sebanyak 1.8 kali seminggu,  manakala wanita menikmati 1.5 kali hidangan ramen seminggu.

Lelaki berusia lingkungan 20-an dan 50-an merupakan pengguna terbesar ramen, dengan menikmati mi segera itu dua kali seminggu, manakala wanita berusia 60-an paling kurang makan hidangan tersebut, iaitu hanya 1.3 kali seminggu.

Selain itu, 58.2 peratus responden mengakui makan ramen ketika waktu makan tengah hari di samping 43.2 peratus memilih hidangan tersebut ketika makan malam.

Pada tahun lalu, empat syarikat pengeluar utama ramen Korea Selatan iaitu Nongshim, Samyang, Ottogi and Paldo merekodkan nilai jualan yang digabungkan berjumlah AS$1.4 bilion (RM6.6 bilion), menurun 6.7 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Eksport bagaimanapun melonjak 11.7 peratus kepada AS$670 juta (RM3.1 bilion) tahun lalu meskipun di tengah-tengah kadar tukaran wang asing yang lemah.

Pasaran import terbesar bagi ramen Korea Selatan adalah China (22.2 peratus), diikuti  Amerika Syarikat (12 peratus), Jepun (9.7 peratus) dan Taiwan (4.7 peratus). – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI