fbpx

Datuk belikan cucu perempuan berusia 9 jam pas bermusim Blackburn Rovers

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Georgia bersama pas semusim bagi kelab bola sepak Blackburn Rovers. - SWNS

LONDON – Seorang bayi perempuan menjadi pemegang pas bermusim bola sepak termuda di dunia apabila datuknya membelikan pas tersebut hanya sembilan jam selepas dia dilahirkan, lapor akhbar Mirror UK kelmarin.

Bayi tersebut, Georgia Wilson dilahirkan pada 27 September lalu dan beberapa jam selepas lahir, dia ialah pemegang pas bermusim bagi kelab bola sepak Blackburn Rovers.

Datuknya, Andy Maxfield, 53, memutuskan untuk membeli pas tersebut kerana dia dan anaknya, Kathryn, 29, adalah peminat Blackburn tetapi menantunya, Sean adalah peminat Manchester United.

Jadi untuk membantu cucunya membuat ‘pilihan kelab yang tepat’, Maxfield memutuskan untuk membeli pas bermusim untuk Georgia tetapi tidak memberitahu ibu bapanya sehingga ia tiba.

“Saya fikir ia akan menjadi baik untuk Georgia apabila dia dewasa untuk berfikir bahawa walaupun pada usia sembilan jam, dia telah  mencapai sesuatu untuk dibanggakan.

“Ia akan sentiasa menjadi perbualan yang menarik mengenai Georgia menjadi pemecah rekod di usia begitu muda,” jelasnya.

Tambah Maxfield, kelab tersebut memaklumkan bahawa Georgia boleh masuk ke stadium secara percuma hingga berusia dua tahun tetapi dia memutuskan untuk tetap membelikan pas semusim berharga £50 (RM264) supaya dia boleh membantu menyokong kelab itu. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI