fbpx

Bangunan di kawasan perkuburan runtuh, 12 keranda tergantung di udara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Beberapa gambar yang dikongsikan menunjukkan keranda-keranda tergantung pada kabel yang mengikatnya. – EPA

NAPLES, ITALI – Sekurang-kurangnya 12 keranda dibiar tergantung di udara selepas sebuah binaan empat tingkat yang menempatkan peti tersebut dan kendi abu mayat runtuh di sebuah kawasan perkuburan di Naples, Itali, lapor akhbar Metro UK semalam.

Ia merupakan kejadian kedua pada  tahun ini yang melibatkan kawasan perkuburan terbesar di Itali, Poggioreale Monumental Cemetery. Insiden terbaharu itu berlaku  pada Isnin lepas.

Beberapa gambar yang dikongsikan di media sosial menunjukkan keranda-keranda tergantung pada kabel yang mengikatnya.

Setakat ini,  tidak dinyatakan mengapa columbarium marmar itu runtuh, namun, pengkritik-pengkritik menyalahkan pengurusan selain faktor kerja pembinaan laluan kereta api bawah tanah di lokasi itu  serta cuaca hujan.

Siasatan telah dilancarkan dan pihak berkuasa menutup lokasi tersebut Selasa lalu.

“Sebagai pihak berkuasa, kami menguruskan semua formaliti yang diperlukan,” kata Canselor Naples, Vincenzo Santagada.

Pasukan penyiasat juga dikatakan menyoal 20 individu yang didapati terlibat dalam kerja-kerja pembinaan laluan kereta api bawah tanah.

Kawasan perkuburan tersebut mengalami insiden serupa pada 5 Januari lalu, demikian menurut beberapa laporan media tempatan, yang telah memusnahkan lebih 500 buah kubur. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI