fbpx

Pengantin terkejut ‘keranda lintas’ majlis kahwin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tetamu dilihat terkejut apabila keranda itu dibawa melalui majlis perkahwinan. - TikTok

JAKARTA – Sekumpulan penduduk sebuah kampung di Indonesia dirakam membawa keranda melalui sebuah majlis perkahwinan yang sedang berlangsung, lapor portal berita Wolipop hari ini.

Dalam video yang dimuat naik di akaun TikTok @aldu_mbulet, tetamu majlis perkahwinan itu dilihat memberi laluan kepada penduduk yang membawa keranda melalui khemah.

Wolipop menghubungi pemilik akaun TikTok tersebut, Aldy Pratama yang merupakan salah seorang pengiring muzik di majlis perkahwinan itu.

“Ketika majlis berlangsung, kebetulan seorang penduduk kampung meninggal dunia. Hanya satu jalan yang boleh digunakan untuk membawa jenazah ke masjid untuk disolatkan,” katanya.

Majlis perkahwinan itu diadakan untuk pasangan pengantin Rohmatul Amaliyah dan Kuncoro di daerah Gresik, wilayah Jawa Timur pada 18 Februari lalu.

Menurut Aldy, pasangan pengantin itu terkejut apabila keranda tersebut muncul. 

“Hanya keluarga pengantin yang dimaklumkan sejak awal. Tetamu juga kelihatan terkejut. Majlis itu dihentikan sementara menunggu solat jenazah selesai,” tambahnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI