fbpx

[VIDEO] Sajat berdengkur macam karburator RXZ

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar siaran langsung Sajat tertidur dan berdengkur pada aplikasi TikTok.

PETALING JAYA – Gara-gara tertidur dan berdengkur ketika membuat siaran langsung di aplikasi TikTok, Nur Sajat terus menjadi perhatian netizen sejak awal pagi tadi.

Penyanyi lagu Bobo Dimana itu dipercayai terlupa untuk menamatkan sesi siaran langsung di TikTok milik beliau yang ditonton lebih 3,000 pengguna lain.

Menariknya, gaya tidur usahawan kontroversi itu didatangkan dengan pakej berdengkur yang menyebabkan ramai netizen geli hati sekali gus mengundang pelbagai reaksi.

Menerusi ruangan komen pada sesi siaran langsung itu, sebahagian besar netizen meninggalkan komen untuk mengusik usahawan terkenal itu.

“Ya Allah, bunyi apa tu? Adakah bunyi enjin lori kuari?,” komen seorang netizen.

“Oii dengkur macam jantan, buat malu je kita anak dara,” komen seorang lagi netizen.

“Hati kau memang keras Jat, dengkur macam bunyi jet pejuang,” tulis netizen yang lainnya.

“Kuatnya kau berdengkur, macam ekzos motosikal patah, muka dah cantik dah tapi pecah lubang jantan,” tulis seorang netizen di ruangan komen.

Meskipun sesi siaran langsung itu telah ditamatkan, terdapat netizen yang sempat merakam sedutan video berkenaan seterusnya memuat naik semula di aplikasi TikTok sekali gus menjadikan video tersebut tular di media sosial.

Susulan video tersebut tular, ada netizen yang menyamakan bunyi dengkuran Nur Sajat seperti karburator RXZ.

“Jat, kau berdengkur kalah laki aku, dah macam bunyi karburator RXZ. Kau memang lawak Jat,” komen seorang netizen.

Untuk rekod, Nur Sajat kini menetap di Australia selepas berjaya memboloskan diri daripada pihak berkuasa di Malaysia tahun lalu. – KOSMO! ONLINE

@rolexnotforex @nursajat85 asmr dari sajat #sajat #nursajat #nursajat23 #sajatkelakar #fyp #tiktokmalaysia ♬ DJ BIWIR BEUREUM-BEUREUM JAWER HAYAM PANO COKLAT KOPI SUSU – RUNTAH – DJ MANIKCI REMIX

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI