fbpx

Hrithik Roshan tayang wajah kekasih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PELAKON Hrithik Roshan kini hangat bercinta dengan Saba Azad.

UMUM mengetahui Hrithik Roshan kini sedang hangat menjalinkan hubungan cinta bersama pelakon dan juga pengarah, Saba Azad.

Cuma sebelum ini, tidak pernah sekali pun aktor berusia 48 tahun itu berkongsi foto kekas dalam media sosial sejak mereka dikatakan mula bercinta pada Februari lalu.

Selepas beberapa bulan, Hrithik menerusi Instagram miliknya berkongsi sekeping swafoto bersama Saba.

“Seorang wanita di bangku ketika musim panas 2022. London. Mendalami karya Van Gogh,” tulis Hrithik pada ruangan kapsyen.

Perkongsian pelakon filem Koi Mil Gaya itu sekali gus menarik perhatian peminatnya kerana Hrithik mula bersikap terbuka terhadap hubungan cintanya.

Malah ramai juga tidak sabar untuk melihat pelakon bertubuh kekar itu mengakhiri zaman duda selepas berpisah dengan isterinya, Sussanne Khan sejak 2014.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI