fbpx

Aplikasi ‘Reading Progress’ bantu murid kuasai Bahasa Inggeris

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Radzi ketika menyantuni guru-guru Bahasa Inggeris yang terlibat dalam program aplikasi Reading Progress, hari ini.

SHAH ALAM – Projek rintis aplikasi ‘Reading Progress’ di 576 buah sekolah termasuk pedalaman di seluruh negara akan membantu penguasaan murid-murid sekolah dalam subjek Bahasa Inggeris.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Mohd. Radzi Md. Jidin berkata, aplikasi tersebut akan mengoptimumkan cara sebutan dan pengenalan perkataan baharu selain struktur ayat dalam subjek itu dengan lebih baik.

Katanya, ini turut melibatkan 1,088 guru-guru dalam melihat dan melonjakkan potensi murid-murid ke tahap lebih tinggi dalam penguasaan bahasa itu.

“Murid-murid akan merekod audio atau video atau dua-duanya sekali apabila baca bahan bacaan inggeris dan sistem ini membantu mereka lihat apakah perkataan dan cara sebutan serta sebagainya.

“Ini merupakan sebahagian konsep dan usaha pendigitalan pendidikan memberi ruang kepada murid-murid untuk belajar dalam suasana menyeronokkan dan merasakan mereka sebahagian daripada proses tersebut,” katanya pada sidang akhbar selepas melancarkan inisiatif ‘Reading Progress’ di sekolah Kementerian Pendidikan (KPM) di sini, hari ini.

Menurut Mohd. Radzi, penanda aras bagi program ini adalah mengoptimumkan potensi setiap murid dengan mempunyai peringkat bacaan melihat pada penguasaan murid-murid.

Justeru, beliau menegaskan para guru akan mempunyai data atau ‘baseline’ tahap penguasaan Bahasa Inggeris di kalangan murid-murid.

“Secara tidak langsung apabila program ini berterusan, pengenalan terhadap perkataan dan struktur baharu membolehkan murid mula mempunyai keyakinan penguasaan bahasa ini,” katanya.

Mengulas lanjut, Radzi memaklumkan kementerian juga akan memperluaskan dalam Bahasa Melayu sekiranya aplikasi telah tersedia dalam microsoft yang dijangka pada tahun depan.

“Buat masa ini belum siap berbanding Bahasa Inggeris. Semua ini merupakan pendekatan bagi memudahkan pembelajaran dan memastikan lebih cekap dan berkesan,”jelasnya. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI