fbpx

Polis bongkar stor syabu, erimin 5 babit rampasan RM10.1 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Azmi bercakap pada sidang akhbar kejayaan menumpaskan sindiket pengedaran dadah dan pembongkaran stor dadah di IPK Kuala Lumpur hari ini. Foto: SHIDDIEQIIN ZON

KUALA LUMPUR – Polis membongkarkan kegiatan sindiket pengedaran dadah jenis syabu dan erimin 5 melibatkan rampasan berjumlah RM10.1 juta menerusi Ops Leslie dalam serbuan di sekitar Lembah Klang, pada Khamis lalu.

Dalam operasi itu, dua lelaki tempatan berusia 37 dan 38 tahun ditahan di restoran kawasan Desa Sri Hartamas di sini dan di Bandar Damai perdana, Kajang

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azmi Abu Kassim berkata, hasil soal siasat, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Kuala Lumpur kemudian menyerbu stor dadah di Bandar Damai Perdana.

Dalam serbuan itu, pihaknya merampas sebanyak 206 bungkusan teh cina berisi syabu seberat 213 kilogram (kg) dan 112,000 biji pil erimin 5 dengan berat 33kg.

“Sindiket tersebut kerap berpindah-randah setiap dua minggu bagi mengelak aktiviti mereka dikesan pihak polis.

“Siasatan mendapati dua suspek itu mempunyai rekod jenayah. Mereka aktif sejak dua bulan lepas dan dadah tersebut adalah untuk pasaran sekitar Lembah Klang,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur di sini, hari ini.

Selain dadah, polis merampas wang tunai sebanyak RM70,000, kereta jenis Toyota Altis dan Kia Forter (RM70,000), syabu (RM7.5 juta), pil erimin 5 (RM2.5 juta). Nilai keseluruhan rampasan adalah RM10.1 juta.

Pembongkaran ke atas sindiket tersebut merupakan hasil risikan dan siasatan kes dadah pada 11 Oktober lalu menerusi Ops Paloma yang membawa kepada rampasan bernilai RM1.3 juta.

Kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Kosmo! sebelum ini melaporkan lima suspek ditahan menerusi Ops Paloma di kondominium Taman Desa dan merampas syabu seberat 35kg bernilai RM1.3 juta.

Serbuan pertama dilakukan di hadapan pos pengawal membawa kepada penahanan dua lelaki tempatan berusia 30 dan 35 tahun dengan rampasan syabu seberat 1kg.

Dalam serbuan kedua, polis menahan dua lelaki tempatan dan seorang wanita warga asing di dalam unit kondominium sama. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI