fbpx

JPJ semak laporan audit lori nahas di Sedenak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar insiden kebakaran yang berlaku di Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan dekat Sedenak kelmarin.

MELAKA – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan menyemak semula laporan Pemeriksaan dan Audit Keselamatan (JISA) membabitkan lori yang terlibat dalam nahas di Lebuh Raya Utara-Selatan dekat Sedenak, Johor, kelmarin.

Ketua Pengarahnya, Datuk Zailani Hashim berkata, semakan itu dibuat bagi mengesan sekiranya berlaku sebarang kelemahan atau kesilapan teknikal ketika pemeriksaan keselamatan dilakukan ke atas kenderaan berkenaan.

“Itu (nahas) sebenarnya banyak perkara kita nak tengok melalui JISA, kita nak pastikan sama ada lori terlibat dia melalui pemeriksaan Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom).

“Lepas itu dari segi struktur pembinaan kenderaan itu sendiri memenuhi tak JISA kita, kalau ada lack (kesilapan) di mana-mana berkenaan teknikal tindakan susulan akan diambil,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Ulang Tahun Ke-20 Akademi Pengangkutan Jalan Malaysia (APJM) di Tiang Dua, Ayer Molek, di sini, hari ini.

Zailani (empat dari kanan) merasmikan Ulang Tahun Ke-20 Akademi Pengangkutan Jalan Malaysia (APJM) di Tiang Dua, Ayer Molek, Melaka , hari ini. FOTO AMRAN MULUP

Dalam pada itu beliau turut mengingatkan pengguna jalan raya terutama kenderaan berat untuk lebih bertanggungjawab dan tidak mengejar trip bagi mengaut keuntungan.

“Kita tahu mereka mengejar trip barang yang dibawa, tapi bila barang itu melebihi muatan dibenarkan ia memberi kesan terhadap kemampuan brek.

“Sebab itu kita ada Seksyen Akta Pengangkutan Awam Darat (APAD) 2010 untuk mereka yang melanggar ketetapan berat dengan muatan (BDM),” katanya.

Kosmo! kelmarin melaporkan dua maut manakala empat yang lain selamat selepas sebuah lori jenis Isuzu merempuh tiga kereta iaitu Proton Wira, Toyota Vios dan Proton Preve di Lebuh Raya Utara-Selatan di Sedenak. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI