fbpx

PRU15: Majikan diminta beri kelonggaran pekerja keluar mengundi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Saravanan

TAPAH – Semua majikan diminta memberi kelonggaran kepada pekerja masing-masing bagi memastikan mereka dapat keluar mengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M. Saravanan berkata, kelonggaran itu boleh diberikan dalam bentuk cuti peristiwa, cuti ganti atau memberi tempoh masa beberapa jam untuk keluar mengundi.

Katanya, tindakan majikan yang enggan membenarkan pekerja keluar mengundi boleh dikenakan tindakan sewajarnya.

“Ini adalah hak warga Malaysia berusia 18 tahun ke atas untuk keluar mengundi, saya minta majikan akur keputusan kerajaan dan membenarkan pekerja keluar untuk mengundi

“(Sekiranya tidak dibenarkan), kita tengoklah mereka akan diambil tindakan mengikut peraturan,” katanya pada sidang akhbar selepas menyampaikan sumbangan Deepavali bagi Parlimen Tapah di Dewan Mahatma Gandhi di sini hari ini.

Pada majlis tersebut, seramai 2,500 masyarakat India di Parlimen Tapah menerima sumbangan berupa pakaian dan duit raya.

Sementara itu, mengulas dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan perayaan Deepavali pada 24 Oktober ini terganggu berikutan pilihan raya, beliau menegaskan alasan perayaan hanya dijadikan modal politik pembangkang.

Katanya, kebimbangan akan kalah pada pilihan raya akan datang menyebabkan pihak berkenaan cuba memainkan isu perayaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI