fbpx

Kertas habis punca kes dakwaan rasuah tidak dapat difailkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kes yang difailkan terlalu banyak sehingga bekalan kertas sedia ada di jabatan itu kehabisan. - Getty Images

CHISINAU, Moldova – Pejabat Pendakwa Raya Pencegahan Rasuah Moldova dilaporkan sedang bergelut untuk memfailkan dokumen dakwaan kerana tidak mempunyai kertas cetakan yang mencukupi, lapor laman berita RT semalam.

Menurut ketua jabatan, Veronica Dragalin, pihaknya juga berdepan kekangan kelengkapan yang kurang dan ketiadaan kakitangan mencukupi.

“Kami memerlukan banyak kertas bulan ini untuk menghantar kes ke mahkamah. Ini adalah masalah sebenar. Kami tidak boleh menghantar kes dengan 40 jilid kerana kertas itu telah kehabisan.

“Kami juga perlu membuang masa dengan menghubungi Pejabat Pendakwa Raya dengan permintaan untuk memberikan lebih banyak kertas,” ujar Dragalin.

Beliau turut mengadu bahawa walaupun undang-undang antirasuah diluluskan pada 2016, pejabatnya tidak mempunyai semua sumber yang diperlukan.

“Sebagai contoh, di bawah undang-undang, Pejabat Pendakwaan Pencegahan Rasuah mesti mempunyai bajet sendiri, pejabat sendiri dan laman web sendiri tetapi kami tidak mempunyai semua ini.

“Jika kita mahukan hasil, kita perlukan alat yang lengkap untuk melaksanakan tugasan. Kami memerlukan pegawai yang berkebolehan dan bertanggungjawab” tambahnya. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI