fbpx

VPCM pamer model kenderaan elektrik ID.4 Pro di Volkswagen Fest 2022

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pengarah Urusan VPCM, Erik Winter bersama Volkswagen ID.4 Pro di Sentul Depot, Kuala Lumpur hari ini.

KUALA LUMPUR – Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) mempamerkan model kenderaan elektrik, ID.4 Pro di Volkswagen Fest di Depot Sentul, di sini hari ini.

VCPM dalam kenyataan berkat, model itu antara tarikan utama yang ditampilkan pada acara yang berlangsung hari ini dan esok itu.

“Selain model ID.4 Pro, pengunjung juga boleh melihat sendiri model-model lain seperti Arteon, Golf R, Tiguan Allspace.

“Model-model klasik seperti Golf, Kombi, Beetle, Karmann Ghia dan Corrado,” katanya.

Tambahnya, pemilik-pemilik Volkswagen juga ditawarkan pemeriksaan 20 poin (mata) percuma yang ditawarkan melalui aplikasi Volkswagen Cares atau datang sendiri (bergantung kepada kekosongan).

“Pengunjung-pengunjung juga diberi peluang untuk memandu uji model Arteon, Golf dan Tiguan Allspace.

“Aktiviti lain yang ditawarkan rock climbing dan bazar menjual makanan dan minuman,” tambahnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI