fbpx

Russia tolak hasil siasatan letupan Nord Stream

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pemandangan dari udara di tapak letupan saluran paip gas Nord Stream 1 dan 2 di Laut Baltik. - Kementerian Pertahanan Denmark

MOSCOW – Russia tidak akan mengiktiraf hasil siasatan berkaitan letupan pada saluran paip gas, Nord Stream 1 dan Nord Stream 2 melainkan pakar-pakar Moscow dibenarkan turut serta dalam siasatan, lapor laman be­rita  RT kelmarin.

Kementerian Luar Rusia berkata, pihaknya telah memang­gil wakil Jerman, Denmark dan Sweden untuk mendapatkan jawapan berhubung ketiadaan maklum balas rasmi berhubung   permintaan kerjasama yang dihantar awal bulan ini oleh Perdana Menteri Russia, Mikhail Mishustin.

Menurut kementerian sama, pihak berkuasa Russia masih belum diberikan akses kepada siasatan tersebut sedangkan Berlin, Copenhagen dan Stockholm dilapor memberi kebenaran kepada negara lain menyertai siasatan sama termasuk Amerika Syarikat (AS).

Diplomat Russia menekankan bahawa jika gesaan kerjasama itu diabaikan, Moscow akan menganggap ketiga-tiga negara Eropah tersebut mempunyai sesuatu untuk disembunyikan atau menyembunyikan  pelaku sebenar serangan berkenaan.

“Russia tidak akan mengiktiraf sebarang keputusan siasatan yang mencurigakan me­lainkan pakar-pakar  kami turut mengambil bahagian,” kata ke­nyataan Moscow.

Amaran itu dibuat selepas Perdana Menteri Sweden, Magdalena Andersson mengumumkan pada Isnin lepas bahawa Stockholm tidak akan berkongsi hasil siasatannya dengan Moscow.

“Di Sweden, siasatan awal kami adalah sulit dan perkara sama diguna pakai ke atas kes letupan paip gas Nord Stream.

“Namun, jika pihak Rusia mahu menjalankan siasatan sendiri, Moscow boleh menghantar pasukannya ke tapak kejadian tanpa sebarang halangan,” kata Andersson.

Dalam pada itu, pihak berkuasa Sweden mengesahkan menemui bukti bahawa siri letupan itu berpunca daripada perbuatan sabotaj. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI